Sejarah |
TADIKA CAHAYA IDAMAN (TCI) ditubuhkan sejak tahun 2001 dan didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. TCI diasaskan oleh Puan Endon binti Ismail, P.P.N., P.C.K. yang pernah berkhidmat selama 25 tahun dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam tempoh masa tersebut, beliau berpengalaman sebagai seorang guru, guru penolong kanan, guru besar dan pegawai teknologi pendidikan. Beliau juga turut berpengalaman sebagai penceramah dalam bidang pengajaran-pembelajaran dan Kemahiran Berfikir disamping terlibat dengan program Sekolah Bestari.
Setelah menamatkan perkhidmatannya dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau telah menghadiri beberapa kursus berkaitan prasekolah. Antaranya ialah : Kursus Perguruan Prasekolah (USM), Kursus Pengurusan Tadika (Jabatan Pelajaran Kedah), Kursus Asas Pengurusan Tadika (Pejabat Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu) dan Kursus Pertumbuhan, Perkembangan dan Penjagaan Kanak-kanak (Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia).
TCI mampu menjadi sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang unggul, hebat dan berkualiti. Ahli Lembaga Pengelola telah dilantik di bawah pimpinan Encik Ahmad Rakhli bin Hassan, A.M.K., seorang tokoh ilmuan, pakar motivasi dan pemimpin yang berwibawa serta berkaliber dalam menentukan halatuju TCI kearah dinamik, efektif dan berprestij.
|