Jumaat, 13 Julai 2012

Tadika Cahaya Idaman (TCI) telah menganjurkan Hari Sukaneka yang bertempat di Dewan Jitra, Jitra pada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang. Acara yang julung kali diadakan itu telah disertai oleh murid-murid dari semua cawangan TCI yang berusia dari 4 tahun hingga 6 tahun. Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan seperti larian berliku, larian LRT, lari di dalam guni dan sebagainya. Turut memeriahkan acara ialah dengan penyertaan ibu bapa murid-murid serta kakitangan TCI dalam acara khusus yang disediakan kepada mereka. Keseluruhannya, memang seronok dan best!!