Laman Utama

Selamat Datang ke Laman Rasmi Tadika Cahaya Idaman (TCI)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung laman rasmi Tadika Cahaya Idaman (TCI). Laman ini disediakan bagi memberi maklumat serta berita-berita terkini berkaitan dengan TCI. Sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan boleh dibuat dengan menghubungi kami di sini. Jangan lupa juga untuk melayari blog rasmi TCI.




Terkini di TCI!!

Jumaat, 13 Julai 2012

Tadika Cahaya Idaman (TCI) telah menganjurkan Hari Sukaneka yang bertempat di Dewan Jitra, Jitra pada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang. Acara yang julung kali diadakan itu telah disertai oleh murid-murid dari semua cawangan TCI yang berusia dari 4 tahun hingga 6 tahun. Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan seperti larian berliku, larian LRT, lari di dalam guni dan sebagainya. Turut memeriahkan acara ialah dengan penyertaan ibu bapa murid-murid serta kakitangan TCI dalam acara khusus yang disediakan kepada mereka. Keseluruhannya, memang seronok dan best!!


Murid-murid bersedia untuk perbarisan

>>Klik untuk berita penuh dan gambar

Mutiara Kata

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian
kecuali orang-orang
yang beriman
dan beramal soleh
dan mereka berpesan-pesan
dengan kebenaran
dan kesabaran